Wednesday, November 4, 2009

MAJLIS ANUGERAH ASRAMA PUTERA SMKP 2009


BAIT TOLABAH

Asrama Putera
Megah teguh persada dijulang
Menongkah cuaca terik dan basah
Meneduh insan cintakan ilmiah
Berusaha tanpa mengenal penat lelah
Mendaki tangga ke puncak natijah.

Asrama Putera
Dari pagar bait tolabah ke pintu dirasah
Menyidai amalun di tangkai qalbun
Mencipta indah gemilang masyhurah
Nubari tersirna cahaya putih nazifah.

Asrama Putera
Menjanjikan semangat kendiri hasanah
Jati diri membentuk karamah
Nurani kelam berwajah munirah
Segalanya bermula safarah
dengan langkah afdhaliyah.

Asrama Putera
Dampingimu suatu sakinah
Menuju toyyibah berinti futuwwah
Harapan saadah di jendela al-falah
Lantai mawaddah berlapik tikar fatonah.

Asrama Putera
Bait Tolabah
Madrasah ukhuwwah.


Nazad Ariff
2 November 2009

3 comments:

  1. Ustaz...
    Tajuk Majlis Anugerah..mana gambo dan citer pasal anugerah tu?? hu hu hu..nak tengok!!!!!

    ReplyDelete
  2. Majlis Anugerah tersebut akan bermula pada 12 Nov 2009. Sajak tersebut salah satu daripada persembahan pelajar cemerlang PMR 2009. Ini baru gimik sahaja.

    ReplyDelete