Menurut semakan Kamus Dewan Edisi Keempat cetakan 2007, membaca bererti memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya demi mendapatkan ilmu pengetahuan. Manakala budaya pula bermaksud tamadun, peradaban dengan membiasakan sesuatu perilaku atau tingkah laku sosial yang baik yang kemudiannya menjadi adat dalam kehidupan seharian sama ada kepada individu mahupun kepada masyarakat. Sedangkan cita-cita adalah tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan bagi memperolehi hasrat yang murni.
Menuntut ilmu adalah merupakan suatu tuntutan bagi setiap makhluk yang bernyawa. Sudah pasti merupakan fitrah yang diperlukan bagi mengaplikasikan minda, ilmu sangat diperlukan. Justeru, setiap insan yang berakal memiliki kemampuan untuk mengetahui atau memaklumi kebenaran kenyataan tentang sesuatu. Oleh yang demikian, kesedaran membaca dalam kalangan masyarakat di Malaysia perlu dipesatkan melalui pelbagai cara dan bentuk bagi menarik minat mereka terhadap bahan ilmu pengetahuan.
Menurut kajian Dr. Abu Hassan Hasbullah, pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya, purata bilangan bahan bacaan yang dibaca dalam kalangan mahasiswa di Malaysia hanya 12 buah sahaja dalam tempoh tiga tahun pengajian. Perangkaan ini jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara luar seperti Australia berjumlah 180 buah, India sebanyak 130 buah, Indonesia 94 buah, Thailand 56 buah dan Brunei pula 26 buah. Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia kurang dan malas membaca. Fenomena ini begitu menyedihkan dalam usaha masyarakat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pusat perkembangan ilmu antarabangsa.
Nah, bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah yang semakin berleluasa ini? Pertama, minat membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Kata-kata hikmah pernah menyebutkan bahawa : Tuntutlah ilmu sejak dari dalam rahim hingga ke liang lahad. Tindakan progresif ini perlu dilakukan kerana minda kanak-kanak lebih mudah menerima apa jua bentuk ilmu kerana mereka bersih dan suci daripada segala kedaifan dunia.
Kedua, perubahan sikap yang negatif kepada positif. Setiap manusia yang berakal waras perlu mendahulukan persepsi positif dalam menangani sesuatu masalah. Apatah lagi, sikap yang positif akan menyebabkan nilai kehidupan seseorang itu akan lebih bermakna. Jadi, langkah pertama perlu dimulakan dengan langkah yang kanan.
Ketiga, kerajinan. Kecerdasan fikiran tidak akan terhasil jika tidak disusuli dengan kerajinan yang berterusan. Dengan rajin membaca, usaha untuk meraih impian akan dipermudahkan Tuhan jalan lurus. Tidak mustahil pula untuk menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Jadi, untuk berjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Membaca adalah jambatan menuju ke arahnya.
Keempat, berbudi pekerti mulia yang luhur. Ternyata membaca perlu terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan sahsiah terpuji agar bahan bacaan yang dipilih benar-benar dapat dimanfaatkan. Benar atau tidak, membaca dapat melahirkan insan yang benar-benar berwajah insan sekaligus menjadi budaya rutin dalam kehidupan.
Kelima, keyakinan diri. Terbukti bahawa keyakinan diri yang teguh dapat meningkatkan kepercayaan kepada diri sendiri. Menerusi pembacaan, keutuhan peribadi dapat dibentuk. Maka, yakinkanlah diri kita bahawa amalan membaca akan menjadikan kita manusia yang berilmu yang dipandang tinggi.
Konklusinya jelas amat mudah. Amalan membaca jika dijadikan budaya dalam kehidupan akan membuahkan cita-cita yang murni.

Salam,
ReplyDeleteUstaz nak tanya...us ada keluar radio ke bercakap tentang tips penulisan novel. Saya ada terdengar sewaktu dalam perjalanan balik dari sekolah. Waktu tu dah separuh..bila habis, tak disebut pula nama penceramah jemputan. Tapi suara tu macam suara ustaz jer...
Tak derlah. Siapalah saya. Hanya sekadar penulis kecil dlm kalangan yg terbesar. Lagipun saya sentiasa sibuk dgn anak2 didik yg kehausan ilmu duniawi & ukhrawi.
ReplyDelete